suria

Jangan keluar rumah, batal hasrat balik kampung titah Yang di-Pertuan Agong

Yan di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menerusi perutusan khas sebentar tadi.

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyeru rakyat Malaysia agar terus mematuhi arahan pihak berkuasa dalam membendung wabak Covid-19 yang semakin meruncing di negara kita.

Berikut merupakan titah Agong yang disiarkan secara langsung menerusi perutusan khas, Jumaat malam.

1) Jangan keluar rumah jika tiada keperluan penting.
2) Batalkan hasrat untuk balik kampung
3) Jangan berkumpul atau menghadiri sebarang aktiviit sosial di luar rumah.
4) Kepada ibu bapa pengantin, saya nasihatkan tangguhkan dulu majlis kenduri sehingga keadaan beransur pulih.
4) Saya nasihatkan juga agar rakyat jangan panik kerana bekalan barang keperluan dijamin cukup oleh kerajaan.
5) Rakyat juga jangan suka menyebar berita palsu.
6) Yang paling penting jaga kebersihan diri. Kerap basuh tangan, guna hand sanitizer dan pakai topeng muka serta amalkan penjarakkan sosial.
7) Marilah kita bersama memainkan peranan membantu membendung wabak ini, InsyaAllah.

Untuk rekod setakat Jumaat, Malaysia mencatat 130 kes baharu, menjadikan 1,030 kes keseluruhan.

Artikel Lain