suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tujuh lagi anggota kesihatan KKM positif Covid-19, jumlah keseluruhan meningkat 80 orang

Menurut Dr Noor Hisham, kesemua anggota KKM yang disahkan positif Covid-19 bukan disebabkan oleh pengendalian kes wabak berkenaan di fasiliti kesihatan KKM. Gambar sekadar hiasan. Foto: Bernama

SERAMAI tujuh lagi anggota kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) disahkan positif Covid-19.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan anggota kesihatan KKM yang disahkan dijangkiti wabak itu meningkat kepada 80 orang setakat Khamis.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata berdasarkan siasatan, kesemua anggota KKM yang disahkan positif Covid-19 bukan disebabkan oleh pengendalian kes wabak berkenaan di fasiliti kesihatan KKM.

ARTIKEL BERKAITAN: Frontliner kesihatan kerja tanpa henti sejak lebih 3 bulan lalu - Dr Noor Hisham

"Namun begitu, semua anggota kesihatan dan barisan hadapan dinasihati supaya mengamalkan langkah pencegahan seperti disarankan terutamanya memastikan tangan sentiasa bersih, mengamalkan jarakan sosial dan memakai alat pelindung diri (PPE) mengikut keperluan yang ditetapkan," katanya dalam laman sosial Facebook beliau pada Khamis.

Pada Rabu, Dr Noor Hisham berkata punca jangkitan yang dialami sebahagian besar anggota KKM itu adalah berkaitan dengan majlis perkahwinan yang turut dihadiri mereka yang menyertai perhimpunan tabligh.

Di samping itu, punca lain adalah daripada kunjungan ke luar negara dan kontak ahli keluarga yang positif Covid-19.

Dr Noor Hisham dalam sidang media yang sama juga berkata seramai 73 kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) dikesan positif Covid-19. - BERNAMA

Artikel Lain