Dakwaan daun semambu penawar Covid-19... pakar penyakit berjangkit pun anggap ia pelik!

Profesor Datuk Dr. Awang Bulgiba Awang Mahmud sangkal daun semambu boleh jadi penawar wabak Covid-19.

DAKWAAN mengatakan daun semambu mampu merawat jangkitan virus Covid-19 adalah tidak benar, kata Fellow Akademi Sains Malaysia yang juga pakar epidemiologi dan statistik perubatan, Profesor Datuk Dr. Awang Bulgiba Awang Mahmud.

Menganggap ia perkara pelik, Dr. Awang Bulbiga berkata, meskipun herba itu pernah diuji untuk merawat penyakit lain namun ia tidak menunjukkan sebarang kesan positif terhadap pesakit.

"Saya pun pelik... Saya pernah bertanya kepada seorang sahabat mengenainya sama ada ia pernah digunakan untuk merawat mana-mana penyakit? Memang ia telah diuji untuk penyakit lain tetapi ia tak berkesan.

ARTIKEL BERKAITAN: Heboh air lemon, air kelapa dan kangkung mampu rawat koronavirus, ini respons Dr Amalina yang perlu diberi perhatian!

"Apa dikatakan berkesan itu, mungkin dalam satu atau dua kes. Mungkin tiada kena mengena dengan daun semambu.

"Mungkin penyakit itu sembuh dengan sendiri atau ada makanan lain dan ketahanan badan yang kuat telah menyembuhkan pesakit," katanya.

Khairy menasihatkan agar orang ramai tidak mudah terpedaya dengan berita palsu. 

Jelas Dr, Awang Bulbiga, apa juga kaedah yang dikatakan sebagai rawatan jangan terima bulat-bulat kerana ia harus menjalani kajian mengikut piawaian tertentu," katanya.

Dr. Awang Bulbiga menjawab soalan itu yang dikemukakan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin menerusi sidang video forum Penyesuaian Terhadap Cabaran Covid-19 yang disiarkan di laman Facebook Astro Awani pada Khamis.

Sejak beberapa hari lalu, daun semambu menjadi perhatian apabila ada pihak menyebarkan dakwaan kononnya ia mampu merawat dan mencegah virus Covid-19.

Tanpa mengetahui kesahihan mengenai keberkesanan dakwaan itu, ramai dilihat mula membincangkan mengenainya dan tidak kurang ingin mencari daun semambu untuk dijadikan ubat virus itu.

Sementara itu, Khairy memberitahu sebarang bentuk pencegahan dan memerangi wabak Covid-19 perlu berlandaskan kepada sains.

Khairy turut menasihati orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan penyebaran maklumat palsu di media sosial.

Artikel Berkaitan

Klik

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Laksana tanggungjawab perangi Covid-19, sumbangan mega Petronas saat krisis tiada sempadan – “Diharapkan Malaysia lebih kuat dan utuh di masa depan”

DENGAN keadaan yang tidak menentu ketika ini akibat pandemik Covid-19, terdapat keperluan bagi negara untuk bersama-sama menangani penularan wabak itu.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Artikel Lain