Malaysia catat 179 kes baharu, 4 lagi korban Covid-19 dengan jumlah keseluruhan 61 kematian

Terdapat pertambahan sebanyak kes 179 baharu Covid-19 pada Ahad.

SITUASI terkini mengenai kes Covid-19 di Malaysia menyaksikan pertambahan sebanyak kes 179 baharu pada Ahad.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, peningkatan itu menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan virus itu sebanyak 3,662 kes sehingga kini.

Menurut Dr Noor Hisham lagi, daripada jumlah kes baharu yang dicatatkan itu, 46 kes kematian berkaitan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling.

ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia catat 150 kes baharu, 4 lagi korban Covid-19 dengan total terkini 57 orang

Beliau turut memberitahu terdapat empat kes kematian terbaharu akibat Covid-19 di negara ini, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 61 kes.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 61 kes bersamaan 1.67 peratus daripada jumlah keseluruhan kes," ujarnya dalam sidang media pada Ahad.

Mengulas lanjut mengenai kes Covid-19 setakat Ahad, Dr Noor Hisham berkata, terdapat 99 kes yang sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU).

Daripada jumlah itu, katanya, 48 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Menurut beliau lagi, sebanyak 90 kes yang telah pulih sepenuhnya dan dibenarkan discaj pada Jumaat.

“Ia menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dan telah discaj adalah sebanyak 1,005 kes,” kata Dr Noor Hisham.

BERIKUT adalah butiran kes kematian terbaharu akibat Covid-19 setakat Ahad:

1) Kes kematian ke-58 (kes ke-2210) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 72 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi. Beliau mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes positif COVID-19 (kes ke-1031).

Beliau telah dirawat di Hospital Umum Sarawak pada 27 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 4 April 2020 jam 1.37 tengah hari.

2) Kes kematian ke-59 (kes ke-3484) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 68 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis. Beliau telah dirawat di Hospital Kuala Lumpur pada 27 Mac 2020

Beliau disahkan meninggal dunia pada 4 April 2020 jam 3.40 petang.

3) Kes kematian ke-60 (kes ke-3073) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 53 tahun. Beliau telah dirawatdi Hospital Umum Sarawak pada 31 Mac 2020.

Beliau disahkan meninggal dunia pada 5 April 2020 jam 12.39 pagi.

4) Kes kematian ke-61 (kes ke-2200) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 66 tahun dan mempunyai latar belakang kencing manis, darah tinggi dan penyakit buah pinggang. Beliau telah dirawat di Hospital Keningau, Sabah pada 26 Mac 2020.

Beliau disahkan meninggal dunia pada 4 April 2020 jam 9.36 malam.

Covid-19, Malaysia, KKM

Artikel Berkaitan

Klik

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Artikel Lain