Trafik sesak, ribuan pengguna masih nak lalu Jambatan P.Pinang

Keadaan sesak di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu menuju ke Jambatan P.Pinang, Isnin.

BERIBU-ribu pengguna masih mahu meninggalkan pulau menuju ke tanah besar menggunakan Jambatan Pulau Pinang walaupun polis mempergiatkan sekatan jalan raya.

Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memasuki hari keenam, ribuan kenderaan masih menggunakan Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu dari pusat bandar menuju ke jambatan, pada Isnin.

Disebabkan setiap pemandu yang ingin menaiki jambatan itu perlu menjawab soalan yang diajukan pihak polis dan tentera, maka berlakulah kesesakan lalu lintas yang teruk.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dah suruh balik, mereka tak hirau” - Grup warga emas degil lepak kedai kopi dari pagi ke tengah hari, tauke angkat kerusi batu

Sekatan jalan dilakukan di tengah-tengah, di antara persimpangan jambatan-Bayan Lepas.

Mana-mana pemandu yang tidak mempunyai sebab munasabah untuk menyeberang dari Pulau Pinang ke tanah besar tidak dibenarkan menggunakan jambatan itu.

Bagaimanapun, beberapa kereta dilihat dibenarkan untuk menyeberang.

Seorang staf sebuah organisasi penyelidikan di Batu Maung berkata dia terperangkap dalam kesesakan lalu lintas selama hampir dua jam.

"Biasanya, saya hanya mengambil masa 30 minit untuk tiba di tempat kerja," katanya, sambil menambah bahawa dia hanya tiba di pejabatnya pada pukul 10.40 pagi.

Seorang lagi pengguna, K. Ganesh berkata dia melihat polis melakukan pemeriksaan teliti terhadap setiap pemandu yang mahu menyeberang.

"Saya tengok beberapa kereta dengan plat pendaftaran Johor, Melaka dan Perak menuju ke jambatan," katanya.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata sekatan jalan raya itu tidak bertujuan menyusahkan kehidupan orang ramai tetapi untuk memastikan bahawa PKP dipatuhi.

"Kami berharap agar orang ramai boleh mematuhi peraturan dan menahan diri daripada pergi mana-mana tanpa sebab yang sah.

"Duduk di rumah. Mungkin dengan melakukannya, sekurang-kurangnya kita dapat meminimumkan kesesakan lalu lintas," katanya. -The Star

Jambatan P.Pinang, PKP, seberang, sesak

Artikel Berkaitan

Klik

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain