suria

Lelaki dirawat di Hospital Muar korban ke-15 Covid-19

Malaysia terus mencatatkan pertambahan angka kematian akibat Covid-19.
SATU lagi kematian akibat Covid-19 direkodkan di Malaysia, pada Selasa.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata pertambahan itu menjadikan jumlah kematian Covid-19 di negara ini sebanyak 15 kes.

“Kes kematian ke-15 ini merupakan kes ke-1,519, seorang lelaki warga Malaysia berumur 71 tahun berasal dari Melaka. 

“Dia disahkan meninggal dunia pada pukul 5.35 pagi, 24 Mac (Selasa),” kata menerusi satu kenyataan di halaman Facebooknya.

Dr Noor Hisham berkata, pesakit disyaki mempunyai kontak dengan kes positif Covid-19 iaitu kes ke-703, yang telah menghadiri perjumpaan tabligh di Masjid Seri Petaling.

Beliau menambah, pesakit tersebut mempunyai sejarah penyakit kronik dan telah dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar mulai 18 Mac.

kematian, Covid-19, korban

Artikel Lain