suria

Covid-19: Kes terus meningkat kepada 1,518, 14 orang meninggal dunia

Angka kematian akibat wabak Covid-19 terus meningkat di negara ini.

PERKEMBANGAN semasa Covid-19 menyaksikan empat kes kematian dilaporkan pada Isnin, menjadikan jumlah keseluruhan 14 kematian setakat ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Malaysia turut menyaksikan 212 pertambahan kes pada Isnin, menjadikan keseluruhan sebanyak 1,518 kes.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengerusi surau korban ke-11 Covid-19, meninggal Ahad malam

ARTIKEL BERKAITAN: Kenal di masjid, hubungan berlanjutan ke surau... sahabat kongsi pengalaman berdamping korban Covid-19 - “Setiap kali kuliah, mesti dia ada”

"Dukacita dimaklumkan 14 kes kematian Covid-19 dilaporkan, empat kes pada hari ini.

"Ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 14 kes," ujarnya menerusi sidang media, petang Isnin.

Menurut Dr Noor Hisham, kes kematian ke-11 merupakan kes ke-1,070 melibatkan lelaki berumur 70 tahun, warganegara Malaysia. Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara dan dirawat di ICU Hospital Canselor Tuanku Muhriz.

Beliau disahkan meninggal dunia pada 22 Mac 2020. jam 9.05 malam.

Kes kematian ke-12 merupakan kes ke-1,114 berumur 70 tahun lelaki warganegara Malaysia. Beliau merupakan jemaah tabligh yang menghadiri perhimpunan di Masjid
Jamek Seri Petaling dan dirawat di Hospital Kluang. Beliau disahkan meninggal dunia pada 23 Mac 2020.

"Kes kematian ke-13 merupakan kes ke-1006 berumur 49 tahun lelaki warganegara Malaysia. Beliau yang dirawat di Hospital Umum Sarawak merupakan anak kepada kes ke-1031. Beliau disahkan meninggal dunia pada 23 Mac 2020.

"Kes kematian ke-14 merupakan kes ke-595 berumur 51 tahun perempuan warganegara Malaysia. Beliau merupakan kontak rapat dengan kes positif Covid-19 dari kluster tabligh dan dirawat di Hospital Miri. Beliau disahkan meninggal dunia pada 23 Mac 2020.

Covid-19, kematian, korban

Artikel Lain