suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua staf CIMB Seremban positif Covid-19 selepas pulang dari Indonesia

Orang ramai yang hendak berurusan di CIMB Bank cawangan Bayan Baru beratur panjang di luar cawangan tersebut. Gambar sekadar hiasan. Foto: Bernama

DUA kakitangan CIMB Group Holdings Bhd cawangan Seremban, Negeri Sembilan diuji positif untuk Covid-19.

Perkara itu disahkan oleh bank berkenaan menerusi satu kenyataan pada Isnin.

Sehubungan itu, CIMB berkata bank cawangannya yang terletak di Jalan Datuk Bandar Tunggal akan ditutup untuk sementara waktu.

ARTIKEL BERKAITAN: Tempoh PKP: Operasi mesin ATM, bank tutup... apa perlu anda tahu?

ARTIKEL BERKAITAN: Pencarum KWSP bawah 55 tahun boleh keluarkan Akaun 2, kadar maksimum RM500 sebulan - PM

Dalam kenyataan itu lagi, CIMB berkata kedua-dua kakitangan itu pulang ke Malaysia baru-baru ini dari Indonesia untuk urusan peribadi dan telah menjalani proses kuarantin di rumah sejak 19 Mac lepas, sekembalinya mereka ke Malaysia.

"Sebagai langkah berjaga-jaga, kerja-kerja penyahkuman dan pembersihan dilakukan terhadap premis cawangan tersebut," katanya sambil menambah bahawa dua kakitangan itu kini sedang dirawat di sebuah hospital kerajaan.

CIMB menggalakkan para pelanggannya di Seremban untuk menggunakan perkhidmatan dalam talian atau pergi ke cawangan terdekat yang terletak di Seremban 2 dan Senawang. -  BERNAMA

Covid-19, CIMB, Seremban, staf

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia