suria

11 hari PKP, kerajaan tanggung kos makan lebih 74,500 pelajar IPT

RM12.2 juta diperuntukan untuk tempoh 11 hari pelaksanaan PKP.

KERAJAAN akan membiayai makanan untuk seramai lebih 74,500 penuntut yang tidak pulang ke kampung dan kini berada di asrama kolej masing-masing sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bantuan makanan itu melibatkan siswa siswi  institusi pengajian (IPT) awam dan swasta, kolej komuniti, institut perguruan guru dan matrikulasi.

ARTIKEL BERKAITAN: Ahli KWSP bawah 55 tahun boleh keluarkan Akaun 2, kadar maksimum RM500 sebulan - PM

ARTIKEL BERKAITAN: Berita baik! Bayaran balik pinjaman PTPTN ditangguh hingga 30 Jun

Menteri Kanan itu berkata, kos bantuan yang disalurkan itu keseluruhannya berjumlah RM12.2 juta.

“Ramai yang tanya hanya IPTA semata-mata atau IPT lain. Jadi saya ingin maklumkan, bantuan untuk pelajar yang tinggal kolej ditanggung sepenuh kerajaan bukan hanya pelajar IPTA sahaja tetapi IPTS selain kolej komuniti, institut perguruan dan matrikulasi.

“Ia melibatkan seramai 74,000 pelajar untuk kos selama 11 hari berjumlah RM12.2 juta,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat khas menteri-menteri berkaitan PKP di Putrajaya, Isnin.

Ismail Sabri berkata, terdapat kekeliruan sebelum ini apabila tidak menjelaskan secara terperinci bantuan makanan  kepada pelajar tersebut.

Tambahnya lagi, kerajaan juga menyerahkan kepada pengurusan IPT terlibat daripada segi pengagihan makanan kepada pelajar mereka.

"Kita serah kepada IPT masing-masing, sama ada sediakan bungkusan makanan, agihkan kupon atau masak sendiri," katanya.

Ismail Sabti, PKP, IPT, makanan

Artikel Lain