suria

Berita baik! Harga RON95, RON97, diesel turun

Kesemua harga api turun bagi tempoh 7 Mac hingga 13 Mac.

HARGA runcit petrol RON95 dan RON97, masing-masing turun sebanyak 19 sen dan 21 sen seliter, berkuat kuasa tengah malam ini (7 Mac) hingga 13 Mac.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan pada Jumaat memberitahu, berdasarkan Mekanisme Harga Automatik (APM), harga runcit petrol RON95 turun 19 sen daripada RM2.08 seliter kepada RM1.89 seliter.

"Harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 21 sen seliter iaitu daripada RM2.40 seliter kepada RM2.19 seliter," menurut kenyataan itu.

Selain itu, harga bahan api diesel juga menyaksikan penurunan sebanyak 17 sen seliter.

"Harga runcit diesel turun sebanyak 17 sen seliter iaitu daripada RM2.13 seliter kepada RM1.96 seliter," tambah kenyataan itu.

bahan api, minyak, RON95, RON97, diesel

Artikel Lain