suria

Tinggal PKR, denda RM10 juta bakal menanti - Saifuddin

Saifuddin bercakap kepada pemberita mengenai penalti yang dikenakan kepada wakil rakyat PKR yang meninggalkan parti.

SETIAUSAHA Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mendakwa parti itu dalam proses mengutip penalti RM10 juta yang dikenakan ke atas sesiapa yang meninggalkan parti.

Beliau berkata, perkara tersebut sedang dibincangkan oleh bendahari PKR.

"Kita dalam proses mendapatkan mereka yang membela diri," kata Saifuddin kepada pemberita selepas majlis perpisahan di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, selepas berkhidmat sebagai menteri itu selama 21 bulan.

Pada 2018, semua calon PKR bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) menandatangani dokumen perundangan mengelakkan mereka berpaling kepada parti lain.

Dokumen perundangan yang ditandatangani itu, akan menyaksikan wakil rakyat didenda RM10 juta sekiranya mereka berpaling kepada parti lain, yang dilihat menjadi amalan dalam PKR.

Antara mereka yang mungkin perlu mebayar denda adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pemanis di Johor, Dr Chong Fat Full, yang mengumumkan keluar dari PKR dan menyatakan kesetiaannya kepada kerajaan campuran yang baharu di negeri itu.

Terdahulu, beliau merupakan antara 10 anggota exco negeri, yang mengangkat sumpah di hadapan Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar pada Jumaat.

Beberapa wakil rakyat PKR, meninggalkan parti itu selepas timbalan presidennya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan naib presidennya, Zuraida Kamaruddin dipecat, juga turut dilihat perlu membayar penaliti RM10 juta. - The Star


Saifuddin Nasution, PKR

Artikel Lain