suria

Covid-19: 5 lagi individu disahkan positif, juga kontak kes ke-26

ementerian Kesihatan Malaysia turut menggesa orang ramai menangguhkan sementara perjalanan ke beberapa bandar dan wilayah. fotoBERNAMA.

PERKEMBANGAN wabak Covid-19 di Malaysia menyaksikan lima kes baharu dicatat pada Khamis, menjadikan 55 kes keseluruhan setakat ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, kesemua kes baharu itu mempunyai kaitan dengan kes ke-26 yang dilaporkan pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: 14 individu disahkan positif, Malaysia catat 50 kes setakat hari ini

"Kesemua kes baharu ini berhubung kait dengan satu kluster Covid-19 yang telah dikenal pasti sebelum ini yang melibatkan kes positif ke-26.

"Kes-kes ini merupakan kontak rapat kepada kes positif Covid-19 dalam kluster tersebut.

"Sehingga kini, jumlah kes positif bagi kluster ini adalah sebanyak 26 kes," ujarnya.

Menurut Dr. Noor Hisham lagi, siasatan dan pengesanan kontak bagi kluster tersebut masih lagi diteruskan.

Bagaimanapun katanya, daripada jumlah keseluruhan, seramai 22 pesakit telah pulih sepenuhnya dan dibenarkan keluar wad.

Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan turut menggesa orang ramai menangguhkan sementara perjalanan ke beberapa bandar dan wilayah.

Antaranya, Lombardy, Veneto dan Emilia-Romagna di Itali.

Lokasi lain termasuklah Hokkaido di Jepun, Tehran, Qom dan Gilan di Iran.

 

 

 

covid-19, Itali, Iran, Hokkaido

Artikel Lain