“Maaf jika peletakan jawatan saya salah” – Dr Mahathir minta izin wujud kerajaan tanpa memihak kepada parti

TUN Dr Mahathir Mohamad membuat permohonan maaf kerana meletakkan jawatan sebagai perdana menteri.

Beliau yang kini merupakan perdana menteri interim mengakui tindakannya itu merupakan satu kesalahan.

“Sebagai manusia biasa, saya tidak sunyi dari melakukan kesilapan.

“Saya mohon maaf jika peletakan jawatan oleh saya adalah salah,” katanya menerusi perutusan khas yang disiarkan secara langsung di semua saluran TV dan radio, petang Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh gila kuasa, Tun M dedah punca letak jawatan - “Jika benar masih disokong, saya akan kembali”

ARTIKEL BERKAITAN: Dr Mahathir letak jawatan perdana menteri, pengerusi Bersatu

Dr Mahathir berkata, beliau menyedari apa juga yang dilakukan beliau kini akan ditentang dan ditolak oleh ramai, tetapi pada masa sama mungkin ada yang menyokong. 

“Saya tidak cari untuk disukai ramai. Saya hanyalah membuat sesuatu saya anggap baik bagi negara.

“Politik, orang politik dan parti politik terlalu utama politik sehingga lupa negara menghadapi masalah ekonomi dan kesihatan yang mengancam negara.

“Saya berpendapat betul atau tidak, politik dan parti politik perlu diketepikan buat masa sekarang,” katanya.

Jika dibenarkan, Dr Mahathir berkata, beliau akan cuba mengadakan pemerintahan yang tidak memihak kepada mana-mana parti. 

“Hanya kepentingan negara sahaja yang akan diutamakan. Jika diizin inilah yang akan saya cuba,” katanya.

Artikel Berkaitan

Artikel Lain