Dr Mahathir letak jawatan perdana menteri, pengerusi Bersatu - Semasa | mStar

Dr Mahathir letak jawatan perdana menteri, pengerusi Bersatu

Dr Mahathir Mohamad.

DIKEMASKINI

PERDANA Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sudah menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kira-kira pukul 1 tengah hari tadi.

Peletakan jawatan itu dipercayai ada kaitan dengan pergolakan politik yang berlaku dalam Pakatan Harapan (PH) sejak mesyuarat Majlis Presiden Jumaat lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Bersatu umum keluar Pakatan Harapan

ARTIKEL BERKAITAN: Anwar puas hati pendirian Tun M

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan media mengesahkan perkara itu.

"Tun Dr Mahathir Mohamad telah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia hari ini.

Kenyataan Pejabat Perdana Menteri.

"Surat tersebut telah dihantar kepada YDP Agong pada jam 1 tengah hari," kata kenyataan akhbar itu.

Tidak lama selepas meletak jawatan sebagai perdana menteri, Dr Mahathir mengumumkan mengundur diri sebagai pengerusi Bersatu.

Bersatu dalam satu kenyataan mengesahkan perkara tersebut.

"Tun Dr Mahathir Mohamad telah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Pengerusi Bersatu.

"Surat tersebut telah dihantar ke Ibu Pejabat Bersatu hari ini," demikian menurut kenyataan itu.

Pada 10 Mei 2018, Dr Mahathir mencipta sejarah apabila mengangkat sumpah sebagai perdana menteri kali kedua hari ini susulan Pakatan Harapan (PH) memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Dr Mahathir, pertama kali dilantik menjadi perdana menteri keempat pada 1981 sewaktu berumur 56 tahun sebelum meletakkan jawatan pada 2003, setelah menerajui tampuk pimpinan negara selama 22 tahun.

Berumur 92 tahun pada waktu itu, Dr Mahathir mencipta sejarah lagi menjadi perdana menteri tertua di dunia dengan kembali ke Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya setelah 15 tahun meletakkan jawatan pada 2003.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) 9 Mei, Pakatan Harapan memenangi 135 daripada 222 kerusi Parlimen bagi membentuk Kerajaan Persekutuan yang baharu.

Tun M , letak jawatan , Agong

Artikel Sebelum

Azmin, Zuraida dipecat daripada PKR

Artikel Berikut

Anwar puas hati pendirian Tun M

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain