Kronologi desas-desus pengaturan semula landskap politik negara - Semasa | mStar

Kronologi desas-desus pengaturan semula landskap politik negara

Tun Dr Mahathir (kanan) dan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalaman dalam satu pertemuan di Putrajaya, 22 Februari lalu. -foto AP

SEJAK Ahad, perhatian media tertumpu pada desas-desus berhubung kemungkinan pengaturan semula lanskap politik negara yang mana beberapa mesyuarat penting dilihat berlangsung di beberapa lokasi berbeza.

Berikut adalah kronologinya:

AHAD

9 pagi - 1 tengah hari

- Pemimpin-pemimpin Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) Malaysia berkumpul di ibu pejabat parti itu di Menara Yayasan Selangor, Petaling Jaya.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang juga Pengerusi Bersatu, menghadiri mesyuarat itu diiringi Presiden Bersatu, yang juga Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

- Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin dilihat berada di Hotel Sheraton, Petaling Jaya.

1 tengah hari - 4 petang

- Ahli Parlimen Larut Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Menteri Kerja Raya Baru Bian juga dilihat berada di Hotel Sheraton.

- Gabungan Parti Sarawak (GPS) mengadakan mesyuarat di Hotel Ritz-Carlton, Kuala Lumpur.

- Dr Mahathir meninggalkan bangunan Menara Yayasan Selangor.

Pemimpin-pemimpin utama Bersatu termasuk Dr Mahathir mengunci mulut apabila ditemui media selepas mesyuarat khas yang diadakan di ibu pejabat parti itu.

- Setiausaha Agung Umno Tan Sri Annuar Musa tiba untuk mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

- Media mula berkumpul di pintu masuk Istana Negara.

4 petang - 7 malam

- Ketua Sekretariat Pakatan Harapan (PH) Datuk Saifuddin Abdullah hadir di Hotel Sheraton dan memberitahu media ia hanya “mesyuarat kawan-kawan."

- Naib Presiden PKR Tian Chua tiba di Hotel Sheraton.

- Lebih 20 kereta yang membawa ahli politik memasuki Istana Negara.

- Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal tiba di Ritz-Carlton.

- Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno tamat.

- Majlis zikir, selawat, bacaan yasin dan solat hajat di kediaman Datuk Seri Anwar Ibrahim di Segambut.

- Bendahari Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor tiba di Hotel Sheraton.

7 malam - 9 malam

Sebahagian daripada ahli Parlimen dilihat meninggalkan hotel Sheraton, malam Ahad. -foto THE STAR

- Ahli Parlimen Jeli dari Bersatu Datuk Seri Mustapa Mohamed, Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hasan, Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Annuar Musa tiba di Hotel Sheraton.

- Ahli Parlimen Sembrong dari Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein tiba di Hotel Sheraton.

- Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tiba di Hotel Sheraton.

- Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di Hotel Sheraton.

- Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Hotel Sheraton.

9 malam - 12 malam

Pengamal media tempatan berkumpul di kediaman Anwar di Segambut. - fotoBERNAMA

- Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang meninggalkan Hotel Sheraton.

- Laungan 'reformasi’ kedengaran dari pekarangan kediaman Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

- Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meninggalkan Hotel Sheraton.

- Beberapa pemimpin PKR tiba di kediaman Anwar, antaranya, Ahli Parlimen Wangsa Maju Datin Dr Tan Yee Kew, Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh, Ahli Parlimen Batu P. Prabakaran dan Pengasas Bersama Parti Keadilan Rakyat Dr Syed Husin Ali.

- Azmin memberi ulasan ringkas kepada pemberita ketika meninggalkan pekarangan hotel.

ISNIN

9 pagi - 1 tengah hari

Kenderaan yang dipercayai membawa Anwar keluar dari bangunan Perdana Putra. -fotoBERNAMA

- Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Pejabat Perdana Menteri (PMO) untuk bertemu dengan Tun Dr Mahathir Mohamad pada jam 9.26 pagi.

Selain Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Kewangan dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Menteri Pertahanan Mohamad Sabu juga mahu menemui Dr Mahathir.

- Kelibat Dr Mahathir tidak kelihatan. Mereka meninggalkan PMO menuju kediaman perdana menteri di The Mines, Seri Kembangan.

Anwar memberitahu media beliau puas hati dengan penjelasan Dr Mahathir dan pertemuan berjalan lancar.

- Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Almarhum Tuanku Munawir berkenan menerima menghadap Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun di Istana Hinggap, Seremban.

Aminuddin, yang juga Pengerusi Pakatan Harapan dan Pengerusi PKR Negeri Sembilan ketika ditemui media berkata kunjungan berkenaan bagi memberi penerangan kepada baginda mengenai situasi politik semasa.

- Pemimpin PKR dan DAP masing-masing berkumpul bagi bermesyuarat. PKR mengadakan mesyuaratnya di ibu pejabat parti di Petaling Jaya manakala DAP di ibu pejabatnya di Pudu, KL.

- Pengarah Strategi Amanah Datuk Dr Dzulkefly Ahmad berkata parti itu masih berpegang kepada pemuafakatan yang telah dibuat bersama dalam Majlis Presiden Pakatan Harapan.

- Tun M menghantar surat peletakan jawatan kepada Yang di-Pertuan Agong.

2 petang - 5 petang

- Azmin, Zuraida dipecat daripada PKR.

- Bersatu umum keluar Pakatan Harapan.

- Anwar dan Wan Azizah tiba di Istana Negara.

- 11 ahli PKR umum keluar parti.

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain