Kelibat Tun M tidak kelihatan, Anwar & Guan Eng ke rumah PM

Kenderaan dinaiki Guan Eng meninggalkan bangunan Putra Perdana.

DATUK Seri Anwar Ibrahim dilihat meninggalkan bangunan Putra Perdana kira-kira pukul 10.25 pagi selepas tiba sejam awal untuk bertemu dengan Perdana Menteri.

Namun kelibat Tun Dr Mahathir Mohamad tidak kelihatan.

Kenderaan membawa Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng juga dilihat meninggalkan perkarangan bangunan pentadbiran persekutuan itu.

Mereka turut hadir bersama dengan Anwar untuk bertemu dengan perdana menteri.

Difahamkan kesemua mereka menuju ke kediaman Dr Mahathir di The Mines, Kuala Lumpur.

Desas-desus mengenai kemungkinan penyusunan semula landskap politik negara berterusan pada Isnin dengan beberapa peristiwa akan berlaku.

Antaranya Anwar dan Dr Wan Azizah dijadualkan menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pukul 2 petang Isnin.

Satu lagi pertemuan tergempar DAP akan diadakan di ibu pejabat parti itu juga hari ini. - The Star

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Sah! GRS menang majoriti mudah PRN Sabah