Anwar, Guan Eng tiba di Pejabat Perdana Menteri - Semasa | mStar

Anwar, Guan Eng tiba di Pejabat Perdana Menteri

Beberapa kenderaan dilihat memasuki perkarangan bangunan Putra Perdana.

DATUK Seri Anwar Ibrahim tiba di ibu pejabat pentadbiran persekutuan untuk bertemu dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Presiden PKR itu dilihat memasuki bangunan Putra Perdana yang menempatkan Pejabat Perdana Menteri (PMO) kira-kira pukul 9.26 pagi Isnin.

Namun, Dr Mahathir masih belum tiba di pejabatnya.

Difahamkan, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba beberapa minit sebelum itu.

Turut dilihat pergi ke bangunan Putra Perdana ialah Menteri Kewangan dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Difahamkan Menteri Pertahanan dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu juga akan menemui Dr Mahathir.

Desas-desus mengenai kemungkinan penyusunan semula landskap politik negara berterusan pada Isnin dengan beberapa peristiwa akan berlaku.

Antaranya Anwar dan Dr Wan Azizah dijadualkan menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pukul 2 petang Isnin.

Satu lagi pertemuan tergempar DAP akan diadakan di ibu pejabat parti itu juga hari ini.

PMO , Dr Mahathir , Anwar , Lim Guan Eng , Mat Sabu

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain