Simpanan RM184,999 lesap akibat percaya 'pegawai polis' - Semasa | mStar

Simpanan RM184,999 lesap akibat percaya 'pegawai polis'

Mangsa mendakwa panggilan disambungkan kepada pegawai polis Bukit Aman.

SEORANG penoreh getah mendakwa kerugian RM184,999 selepas mempercayai dakwaan 'pegawai tinggi Bukit Aman’ untuk memindahkan wang simpanannya ke dalam akaun yang tidak diketahuinya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangsa yang berusia 45 tahun mendakwa suspek meminta dia berbuat demikian kononnya bagi tujuan siasatan kerana maklumat perbankan peribadinya telah disalah guna pihak ketiga.

Mangsa mendakwa dia pada mulanya dihubungi seorang lelaki mendakwa kakitangan bank pada Khamis lepas memaklumkan dirinya mempunyai tunggakan kad kredit berjumlah RM7,000 menerusi kad yang didaftarkan di Kuala Lumpur.

"Panggilan itu dikatakan disambung ke pegawai polis Bukit Aman kerana memerlukan siasatan lanjut ekoran kad pengeluaran wang automatik (ATM) mangsa termasuk nombor CVC yang ada di belakang kad itu telah diketahui pihak ketiga.

"Mangsa mendakwa pegawai polis itu telah mengarahkannya untuk memindahkan semua wang simpanannya ke empat akaun berbeza yang diberikan suspek bagi memastikan wang itu tidak hilang dengan jaminan akan dipulangkan dalam tempoh tiga hari," katanya kepada pemberita di Kuantan pada Ahad.

Mohd Wazir berkata mangsa yang bimbang wang simpanannya termasuk wang pusakanya hilang, telah mematuhi semua arahan diberikan suspek dan tidak membuat semakan dengan pihak bank kerana 'menunggu' tempoh masa yang diberikan.

Bagaimanapun, mangsa mendakwa tidak dapat menghubungi suspek selepas tiga hari menyebabkan dia membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bera, dekat sini semalam, dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Pada kes berasingan, seorang remaja lelaki dari Benta, Lipis mendakwa kerugian RM800 selepas diperdayakan dalam urusan pembelian tiket loteri di laman sosial, yang diiklankan pada 4 Nov lepas.

Mohd Wazir berkata mangsa, 19, mendakwa telah berurusan dengan suspek menerusi nombor WhatsApp yang tertera di iklan itu dan diminta membayar RM300 bagi mendapatkan tiket loteri yang dikatakan mudah menang.

"Suspek membuat bayaran itu pada 6 November lalu dan pada 8.30 malam hari sama, dia dimaklumkan nombor tiket loteri itu menang, namun disyaratkan perlu membayar RM500 sebelum dapat menuntut wang kemenangan.

“Bagaimanapun dia mendapati nombor telefonnya telah disekat daripada menghubungi suspek selepas selesai membuat pembayaran itu," katanya. - BERNAMA

scam , panggilan , pegawai polis , Bukit Aman

Klik

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.