Tak sempat jalani latihan industri, 2 kawan baik meninggal dunia dihempap treler - Semasa | mStar

Tak sempat jalani latihan industri, 2 kawan baik meninggal dunia dihempap treler

Treler dari arah Seremban terbabas dan memasuki lorong bertentangan sebelum merempuh lima kenderaan berkenaan. FOTO: BERNAMA.

DUA rakan karib maut setelah kereta yang mereka naiki dihempap sebuah treler membawa muatan bahan kimia dari arah bertentangan di Kilometer 204.5 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara kira-kira 7.45 pada Ahad malam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasa Trafik Melaka, Supt Hassan Basri Yahya berkata kedua-dua mangsa dipercayai dalam perjalanan untuk menjalani latihan industri di ibu negara meninggal dunia di tempat kejadian.

ARTIKEL BERKAITAN: Terbabit kemalangan, dua sahabat OKU bergabung idea cipta alat pandu kereta

"Mayat kedua-dua mangsa terbabit telah dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk menjalani bedah siasat dan mangsa dikenali sebagai Ahmad Daniel Ruzwan Iskandar Mohd Ali dan Muhammad Lukman Haqim Mosyazid masing-masing berusia 19 tahun.

"Dalam kejadian membabitkan enam kenderaan itu enam mangsa lain mengalami kecederaan iaitu dua orang dewasa dan tiga orang kanak-kanak, manakala pemandu treler hanya mengalami kecederaan ringan dan kesemua mangsa menerima rawatan di Hospital Alor Gajah," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Beliau berkata sementara itu lima orang dewasa dan dua orang kanak-kanak, dari kenderaan lain tidak mengalami kecederaan.

Katanya treler dari arah Seremban terbabas dan memasuki lorong bertentangan sebelum merempuh lima kenderaan berkenaan.

Beliau berkata pihak bomba terpaksa menguna dua kren bagi memindahkan treler yang menghempap sebuah kereta jenis Myvi dan bomba terpaksa memotong kereta tersebut untuk mengeluarkan mangsa.

"Pemandu treler terbabit akan direman selain ujian saringan air kencing dan sampel darah turut diambil," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. - BERNAMA.

Artikel Sebelum

Ahli Parlimen Pasir Puteh cedera kemalangan

Artikel Berikut

Klik

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

Artikel Lain