PRK Tanjung Piai: BN menang dengan majoriti 15,086 undi

Calon Barisan Nasional berjaya menewaskan lima lagi calon lain yang bertanding dalam PRK Tanjung Piai pada Sabtu.

CALON Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Wee Jeck Seng memenangi kerusi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai pada Sabtu dengan keputusan majoriti 15,086 undian.

Wee memperoleh 25,466 undian sekaligus menewaskan lima lagi calon bertanding.

ARTIKEL BERKAITAN: Proses pengundian PRK Tanjung Piai lancar - SPR

Calon Pakatan Harapan (PH), Karmaine Sardini pula berjaya memperoleh 10,380 undian.

Calon Gerakan, Wendy Subramanian menerima 1,707 undian, manakala calon Berjasa, Datuk Dr Badrulhisham Abdul Aziz memperoleh 850 undi.

Dua lagi calon bebas, Dr Ang Chuan Lock memperoleh 380 undi dan Faridah Aryani Abdul Ghaffar, 32 undi.

Keputusan rasmi yang menyaksikan peratusan keluar mengundi sebanyak 74.5 peratus itu diumumkan Pegawai Pengurus PRK Tanjung Piai, Zulkifly Mohd Tahir di pusat penjumlahan undi PRK Tanjung Piai di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Pontian, Johor.

Sebelum ini, kerusi Parlimen berkenaan disandang oleh PH, iaitu Allahyarham Datuk Dr Md Farid Rafik yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.- The Star.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Sah! GRS menang majoriti mudah PRN Sabah

Harga petrol, diesel naik