suria

Mayat ditemui dekat kawasan carian Nora Anne adalah wanita warga Inggeris - Polis

Pasukan mencari dan menyelamat mencari remaja perempuan warga Ireland, Nora Anne yang hilang.

POLIS mengesahkan mayat yang ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) yang mencari remaja perempuan warga Ireland, Nora Anne Quoirin, yang hilang dari sebuah resort sejak 4 Ogos lalu, merupakan wanita warga Inggeris.

Mayat tersebut ditemui dekat Gunung Berembun di Pantai Hills dekat Seremban, Negeri Sembilan, dua kilometer dari resort berkenaan.

"Pakar forensik dan patologi kita berada di lokasi kejadian, tetapi kita masih belum mengenal pasti identiti mangsa," kata Ketua Polis negeri, Datuk Mohamad Mat Yusop kepada pemberita pada Selasa. 

Mohammad Mat berkata, pasukan SAR menerima panggilan daripada orang awam kira-kira pukul 1 petang, dan pasukan tersebut bergegas ke kawasan dekat sebuah air terjun.

Nora Anne mendaftar masuk di sebuah resort bersama ibu bapanya, Sebastian Marie Philipe dan Meabh Jaseprine Quoirin, serta adik-beradiknya, Innes Julia dan Maurice Arthure, 3 Ogos lalu.

Bagaimanapun, Nora tidak berada di bilik yang dihuni bersama adik-adik beradiknya, pada keesokan hari. - The Star

Nora Anne Quoirin, SAR, Pantai Hills

Artikel Lain