Selamat hari lahir pertama Ainul Mardhiah! “Semoga jadi anak solehah dan insan yang bermanfaat”

Ainul Mardhiah genap setahun pada 13 Ogos. Foto Facebook Ahmad Safiuddin

BAYI yang selamat menjalani pembedahan kanser mulut Germ Cell Tumor di London, United Kingdom baru-baru ini, Ainul Mardhiah Ahmad Saifuddin berusia genap setahun pada Selasa.

Ibu Ainul, Nurul Erwani Zaidi mengucapkan kesyukuran atas ulang tahun pertama anaknya itu meskipun dilanda pelbagai ujian dan dugaan.

“Selamat ulang tahun yang pertama buat anak mama, Ainul Mardhiah. Alhamdulillah, syukur hanya pada Allah SWT untuk nikmat yang paling berharga ini.

“Bermacam pengalaman yang baharu untuk mama dan walid (panggilan buat bapa Ainul) dalam menjaga dan membesarkan Ainul,” menurut perkongsian di laman sosial Instagram miliknya pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Berjaya! Tumor 200g dikeluarkan dari mulut Ainul Mardhiah, "Perjalanan yang cukup emosi..." - Dr Amalina

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu bapa terasa hati, Ainul dirawat di UK dipertikai “Terima kasih semua, saya sangat sedih... kalaulah boleh cerita A-Z apa yang kami lalui”

Nurul Erwani berkata, ujian dan dugaan yang dilaluinya bersama suami sebenarnya mengajar mereka erti kehidupan.

“Setiap masa mama doa supaya Allah sentiasa beri peluang pada mama untuk jaga Ainul, beri mama dan walid petunjuk dan juga sentiasa permudahkan urusan kita semua,” ujarnya.

Sementara itu, bapa Ainul, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak berkongsi video Ainul yang kelihatan ceria memegang belon yang tertera perkara Happy Birthday Princess (Selamat Hari Lahir Puteri) di halaman Facebooknya.

“Alhamdulillah. Cukup usia Ainul Mardhiah setahun. Semoga Allah SWT  merahmati dan melindungimu anak. Semoga jadi anak yang solehah, hamba yang taat dan menjadi insan yang bermanfaat kepada orang lain. Walid dengan mama sayang Ainul!,” katanya.

Ainul dibawa ke London pada 25 Mei lalu untuk menjalani pembedahan kanser Germ Cell Tumor di mulut.

Dia menjalani pembedahan membuang ketumbuhan seberat 200 gram di mulut pada 10 Jun lalu di Hospital Great Ormond Street, London.

Selepas lebih dua bulan dirawat di London, Ainul Mardhiah dan ibu bapanya pulang ke tanah air.

Artikel Berkaitan

Klik

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Artikel Lain