suria

Kedai makan boleh buka waktu tarawih - Mohd Amar

Mohd Amar Nik Abdullah.

KEDAI makan di Kelantan bebas untuk beroperasi semasa solat sunat tarawih, memandangkan arahan kerajaan negeri kepada gerai makanan untuk menghentikan sementara operasi malam masih belum dikuatkuasakan, kata Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Beliau berkata, notis belum diberikan kepada pengusaha, dan dengan itu, mereka bebas untuk membuka kedai makan antara pukul 8.30 malam dan 10 malam pada bulan Ramadan.

"Selagi tiada arahan lanjut daripada pihak berkuasa tempatan, pengusaha dapat meneruskan perniagaan mereka seperti biasa," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tutup kedai makan, pergi tarawih: Nik Abduh, Annuar Musa minta tarik balik arahan

ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga di Madinah tak dipaksa tutup kedai sewaktu solat tarawih

Mohd Amar berkata demikian bagi mengulas mengenai kekecohan yang berlaku berhubung arahan yang dikeluarkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan kepada pihak berkuasa tempatan bagi memastikan kedai makan ditutup sementara dari pukul 8.30 malam sehingga 10 malam semasa Ramadan.

Arahan itu bertujuan untuk menggalakkan orang ramai supaya menunaikan solat sunat Tarawih.

"Tidak perlu membincangkan segala-galanya semasa mesyuarat majlis eksekutif. Majlis eksekutif membincangkan perkara-perkara dasar.

"Arahan untuk menutup restoran semasa solat tArawih adalah urusan pentadbiran. Ada masa, pejabat setiausaha negeri boleh mengeluarkan arahan pentadbiran," katanya. - The Star

Artikel Lain