suria

'Motherhood' landasan terbaik ibu bapa cari barangan bayi

Petrina Goh (kanan) melancarkan Motherhood Choice Award 2019.

MOTHERHOOD Choice Awards 2019 dilancarkan sebagai mengiktiraf jenama barangan bayi pilihan utama ibu bapa di negara ini.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif untuk Nuren Group, Petrina Goh, berkata kempen berkenaan bertujuan untuk memberi ganjaran dan meraikan pemain industri barangan bayi yang telah memberikan sumbangan positif kepada komuniti ibu.

Beliau yang juga komuniti dan hub e-commerce Motherhood.com.my, menjelaskan laman atas talian ini mendapat perhatian dalam kalangan ibu bapa di negara.

"Kami ingin berkongsikan jenama, produk dan perkhidmatan terbaik untuk membantu ibu bapa membuat keputusan dengan informasi secukupnya dalam merancang perjalanan keluarga dan perbelanjaan barang barang bayi.

"Untuk mempermudahkan carian produk dan perkhidmatan terbaik, kami melancarkan Motherhood Choice 100 di Motherhood.com.my yang mempamerkan semua jenama ini.

"Usaha ini dalam mempromosikan jenama terbaik juga selaras dengan komitmen kerajaan untuk mengawal selia dan meningkatkan langkah keselamatan kanak-kanak.

"Oleh itu, hanya kualiti terbaik, produk yang paling selamat dan paling inovatif akan diserlahkan. Mereka juga akan menjadi juara untuk anugerah itu," katanya dalam satu kenyataan.

Pencalonan untuk program anugerah bermula seawal Mac 2019 dan pemenang akan diumumkan pada Jun 2019 dan turut mendapat sokongan Nestle Malaysia.

Melalui pelancaran laman web Motherhood.com.my ia juga akan membolehkan pemilik jenama dan pengedar yang diberi kuasa untuk mewujudkan hub sehenti untuk mengurus kandungan, e-dagang dan komuniti mereka.

Motherhood.com.my turut mensasarkan untuk menggabungkan 30 jenama untuk melancarkan Laman Jenama Rasmi mereka menjelang akhir tahun 2019.

motherhood, laman atas talian

Artikel Lain