Peruntukan untuk 500,000 orang, tapi hanya 180,000 rebut insentif Geran Sepadan RM500

KANGAR: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mahu ibu bapa yang mempunyai anak berusia tujuh hingga 12 tahun supaya merebut insentif Geran Sepadan RM500 yang disediakan melalui Skim Simpanan Pendidikan Nasional 1Malaysia (SSPN1M) yang berakhir 31 Disember ini.

Pengerusi perbadanan itu Wan Saiful Wan Jan berkata sehingga sekarang tidak sampai 180,000 orang telah membuka akaun untuk menikmati Geran Sepadan itu yang diperuntukkan kepada 500,000 orang.

“Ibu bapa hanya perlu buka akaun dengan membuat simpanan sebanyak RM500 dan kerajaan akan tambah RM500 menjadikan jumlah keseluruhan simpanan mereka RM1,000,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Shopping Back To School di sini, Jumaat.

Dalam program itu, Yayasan Kebajikan Perlis memperuntukkan bantuan persekolahan sebanyak RM195,000 kepada 1,500 orang dengan seorang pelajar diberi RM130.-- Bernama

Geran Sepadan, PTPTN, Wan Saiful

Artikel Lain

Sah! GRS menang majoriti mudah PRN Sabah