Daftar percuma premis pelancongan mulai Januari-Mac 2019 - Semasa | mStar

Daftar percuma premis pelancongan mulai Januari-Mac 2019

PUTRAJAYA: Semua pengusaha premis  penginapan  pelancongan  dikecualikan  daripada bayaran RM70 ketika mendaftarkan premis mereka mulai 1 Januari hingga 30 Mac tahun depan, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi.

Beliau berkata setakat ini kira-kira 1,700 pengusaha premis termasuk hotel, resort, rumah tumpangan, asrama dan rumah inapan masih belum mendaftarkan penginapan mereka dengan kementerian.

"Jadi saya meminta kepada semua pengusaha yang belum berdaftar untuk mengambil peluang ini dengan  mendaftarkan premis penginapan terlebih dahulu sebelum memohon lesen perniagaan dengan  pihak berkuasa tempatan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan sesi libat urus bersama penggiat industri di sini, Jumaat.

Sesi itu melibatkan lebih 300 pengiat industri pelancongan dan seni bagi membincangkan kajian semakan Dasar Pelancongan Negara dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang menentukan hala tuju industri pelancongan Malaysia hingga tahun 2030.

Mohammadin berkata kajian ke atas Dasar Pelancongan Negara kini dalam proses akhir untuk dimuktamadkan.

"Kementerian juga telah membuat kajian semakan bagi Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang telah diformulasikan berdasarkan resolusi-resolusi kongres pada tahun 1971. Setelah lebih 47 tahun, kementerian merasakan ini adalah masa sesuai untuk mengkaji serta merangka semula dasar berkaitan seni dan budaya," katanya.

Mhammadin berkata pihaknya masih dalam proses mendapat input dan maklum balas daripada pelbagai pihak bagi memperkemaskan penggubalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang bakal dilancarkan pada suku ketiga tahun depan.

Dalam pada itu, pihaknya menyasarkan pada tahun 2019 untuk mencapai jumlah kedatangan pelancong antarabangsa seramai 28.1 juta orang dengan menjana pendapatan sebanyak RM92.2 bilion.

"Fokus utama  tahun depan adalah untuk membangunkan sektor ‘Eco and Culture Tourism', dan diharapkan agar sokongan serta kerjasama dapat memajukan Malaysia sebagai destinasi pelancongan dan kebudayaan bertaraf dunia," katanya.

Mohammadin berkata pihaknya juga menyasarkan kedatangan pelancong seramai 30 juta orang dengan pendapatan pelancongan sebanyak RM100 bilion selaras dengan hasrat kementerian untuk melaksanakan kempen Tahun Melawat Malaysia 2020.

Sebagai strategi mencapai sasaran itu, beliau berkata kerajaan akan menyediakan geran sepadan  sebanyak RM100 juta kepada syarikat swasta bagi program promosi dan pemasaran pelancongan antarabangsa untuk meningkatkan ketibaan pelancong.

"Dalam usaha membantu dan meluaskan perniagaan pengusaha kraftangan dan homestay pula, dana tabung pelancongan Perusahaan Kecil dan Sederhana bernilai RM500 juta akan disediakan oleh SME Bank, yang mana kerajaan akan memberi subsidi kadar faedah sebanyak dua peratus," katanya.

Kerajaan juga akan mencalonkan lebih banyak tapak warisan yang berpotensi untuk diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia Unesco serta Malaysia diberi keutamaan untuk dipromosikan pada pameran pelancongan antarabangsa ITB Berlin, Jerman pada tahun depan, katanya.-- Bernama  

Mohamaddin , pelancongan

Artikel Berikut

Klik

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

Artikel Lain

Gempar juruterbang kesan UFO bentuk cerut