suria

Pasukan peguam sukarela cuba bantu keluarga Adib langsai hutang kereta

SHAH ALAM: Peguambela dan peguamcara, Adzly Ab Manas menyatakan pasukan peguam sukarelawan akan berusaha dari sudut undang-undang bagi membantu keluarga anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim daripada terpaksa membayar hutang keretanya.

Menurutnya, Muhammad Adib memiliki sebuah kereta yang disimpannya untuk kegunaan beliau selepas berkahwin.

Katanya, kereta tersebut masih mempunyai baki pinjaman bank yang perlu dijelaskan setiap bulan.

"Pasukan peguam kami telah diwakili oleh Nazira Ab Rahim menemui keluarga arwah di Kedah semalam.

"Saya dan pasukan peguam sukarelawan akan berusaha melihat dari sudut undang-undang untuk membantu keluarga arwah dari terpaksa membayar hutang kereta ini," katanya.

Pada 17 Disember lalu, Muhammad Adib yang parah diserang dan dipukul ketika insiden di Kuil Sri Maha Mariamman.

Muhammad Adib disahkan meninggal dunia pada pukul 9.41 malam di Institut Jantung Negara (IJN) pada 27 November lalu.

Allahyarham sepatutnya melangsungkan pernikahan dengan tunangnya, Nurul Najihah Mohd Radzi hari ini.

Majlis perkahwinan di rumah keluarga perempuan sepatutnya diadakan Sabtu, manakala  bagi keluarga lelaki pula dijadual pada Ahad ini.-SinarHarian

Adib, peguam, kereta

Artikel Lain