suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dividen ASB 7.00 sen seunit, ASN 3.25 sen seunit - PNB

KUALA LUMPUR: Permodalan Nasional Berhad (PNB) mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 6.50 sen seunit dan bonus 0.50 sen seunit bagi Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember tahun ini.

Menurut Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz berkata, pembayaran berkenaan merangkumi jumlah pembayaran pengagihan dividen sebanyak 7.00 sen seunit.

"Melalui pembayaran ini,akan memberi manfaat kepada 9.6 juta pemegang unit yang memiliki 155 bilion unit dalam ASB," katanya pada majlis pengumuman agihan pendapatan ASB di Menara PNB.

Selain itu, ASNB turut mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 3.25 sen seunit bagi Amanah Saham Nasional (ASN) untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018.

Agihan pendapatan itu mewakili hasil dividen sebanyak 5.1 peratus berdasarkan Nilai Aset Bersih dana berkenaan setakat 20 Disember 2018.

Jumlah anggaran pengagihan pendapatan sebanyak RM59.7 juta akan memberi manfaat kepada lebih 1.2 juta pemegang unit dengan lebih 1.8 billion unit dalam dana.

Ini menunjukkan ASN berjaya merekodkan pendapatan bersih sebanyak RM64 juta bagi 11 bulan pertama tahun kewangannya.

PNB, Zeti, ASB

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain