Bung Mokhtar gesa wujudkan undang-undang anti-lompat parti - Semasa | mStar

Bung Mokhtar gesa wujudkan undang-undang anti-lompat parti

Datuk Seri Bung Moktar Radin.

KUALA LUMPUR: Perbuatan wakil rakyat melompat parti mengelirukan rakyat yang memilih mereka, kata anggota Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Justeru, beliau berkata undang-undang anti-lompat parti perlu diwujudkan bagi mengekalkan integriti dan moral wakil rakyat yang dipilih.

"Kita ingin melihat wakil rakyat benar-benar bertanggungjawab kepada rakyat, kawasan dan negara. Sudah tiba masanya untuk kerajaan Pakatan Harapan merealisasikan hasrat rakyat dengan membawa akta ini ke Dewan Rakyat.

"Jika tidak, perbuatan lompat parti ini menjadi trend, seolah-olah mereka yang kalah pada pilihan raya boleh menyertai parti yang menang, seperti mengambil kesempatan dalam kesempitan orang lain," katanya ketika menjadi tetamu program temubual Ruang Bicara terbitan Bernama News Channel (BNC) di Wisma Bernama.

Beliau yang baharu dilantik sebagai pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah berkata dirinya akan setia bersama parti itu dan terus berjuang untuk membantu mengukuhkan kembali UMNO dengan nafas baharu.

Cadangan bagi menggubal Akta Anti L ompat Parti sebelum ini disuarakan oleh anggota Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh, turut senada dengannya adalah Senator Datuk Lee Tian Sing yang menggesa kerajaan agar menggubal akta berkenaan bagi memastikan kesetiaan dan integriti wakil rakyat kepada pengundi mereka.

Sementara itu, Ketua Pusat Pengajian Asia Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Madya Dr Faisal S. Hazis berkata isu keluar parti secara beramai-ramai bukan perkara baharu kerana wujudnya permainan politik penaungan dan menjadi lumrah dalam proses peralihan kuasa.

Malaysia perlu mempunyai undang-undang bagi mendisplinkan ahli politik negara namun ianya perlu mengambil kira Perkara 10 (1)(c) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa semua warganegara berhak untuk membentuk persatuan.- BERNAMA

Datuk Seri Bung Moktar Radin

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

RUU mansuh hukuman mati dibentang tahun depan

Klik

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

Artikel Lain