suria

Kritikan Ramasamy terhadap Syed Saddiq dianggap keterlaluan

PETALING JAYA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Perak berkata tindakan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, P. Ramasamy mengkritik Ketua Armada (Sayap Pemuda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (gambar) atas permintaan sayap itu yang mahukan P. Waytha Moorthy meletak jawatan sebagai menteri adalah keterlaluan.

Pemuda Armada PPBM dilaporkan telah menyampaikan memorandum kepada pengerusi parti, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mendesak Waytha Moorthy disingkirkan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial).

Ramasamy mengkritik Syed Saddiq sebagai reaksi kepada memo itu dan mengatakan bahawa ia merupakan penghinaan kerana mempersoalkan kebijaksanaan Dr Mahathir dalam melantik anggota Kabinet.

Ketua PPBM Perak, Mohd Hafez Mubin Mohd Salleh pula berkata tindakan Ramasamy adalah keterlaluan dan tuduhannya tidak berasas.

Ramasamy mengkritik Syed Saddiq kerana menghantar memorandum  kepada Dr Mahathir meminta Waytha Moorthy meletakkan jawatan.

"Penyerahan memorandum bukan menunjukkan tidak menghormati (Dr Mahathir), tetapi merupakan salah satu cara untuk mengemukakan permintaan atau cadangan kepada pihak yang berkenaan.

"Penyerahan memo menggesa perletakan jawatan P. Waytha Moorthy kepada (Perdana Menteri) Dr Mahathir menyatakan pendirian Bersatu mengenai isu ini kepadanya," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Mohd Hafez berkata, PPBM berharap permintaan itu akan menjadi kenyataan, sambil menambah bahawa sayap itu tetap akan menerima sebarang keputusan yang dibuat oleh Dr Mahathir.

Mohd Hafez juga menegur Ramasamy kerana memberikan layanan 'dwistandard', mendakwa bahawa mereka sebelum ini mengkritik keputusan Dr Mahathir secara terbuka pada masa lalu. - The Star

PPBM, Syed Saddiq

Artikel Lain