suria

Tindakan pantas bapa mangsa, berjaya tahan suspek cabul anak 10 tahun di kedai serbaneka

Gambar hiasan.

KINABATANGAN: Tindakan pantas seorang bapa membawa kepada penangkapan seorang penyerang yang didakwa mencabul anak perempuannya di sebuah kedai serbaneka di Kampung Berjaya 2 dekat sini.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan A Sahak Rahmat berkata, bapa berkenaan bergegas ke kedai serbaneka itu pada malam Jumaat setelah mendapati anak perempuannya yang berusia 10 tahun itu dicabul di premis tersebut sebelum itu.

"Ia berlaku kira-kira pukul 6 petang manakala abang kepada budak perempuan itu sedang membeli dan dia berada di belakang mereka.

"Seorang lelaki kemudian secara tiba-tiba datang dan memeluknya dari belakang. Dia menyentuh dada kanak-kanak itu menggunakan kedua-dua tangannya, dan gadis kecil terpaksa diam kerana takut.

"Selepas melihat abang-abangnya berjalan ke kaunter untuk membuat pembayaran, dia melarikan diri daripada penyerangnya dan berlari terus ke arah mereka," jelasnya.

Sahak berkata, mangsa menangis sepanjang perjalanan ke rumah dan mengadu sakit di bahagian dadanya.

"Sebaik memberitahu abangnya yang berusia 24 tahun mengenai apa yang telah berlaku di kedai, abangnya segera memberitahu ibu bapa mereka.

"Bapa mangsa terus ke kedai dan meminta mangsa mengenal pasti penyerangnya dan menelefon polis sejurus selepas itu. Di hadapan bapa mangsa dan polis, suspek berusia 42 tahun mengakui melakukan perkara itu," katanya.

Menurut Sahak, suspek gagal mengemukakan dokumen pengenalan yang sah dan dibawa ke ibu pejabat Polis Kota Kinabatangan untuk siasatan lanjut.

Mangsa dihantar ke Hospital Kinabatangan untuk pemeriksaan perubatan.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 kerana menyentuh mana-mana bahagian badan kanak-kanak.

cabul

Artikel Berikut

Artikel Lain