Hadiah Krismas 'Jho Low' melucukan - Semasa | mStar

Hadiah Krismas 'Jho Low' melucukan

PETALING JAYA: Dengan sambutan Hari Krismas tidak lama lagi, hadiah perayaan yang memaparkan maskot menyerupai ahli perniagaan yang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low, meraih perhatian rakyat Malaysia kerana dianggap melucukan.

Apom Store, sebuah kedai gaya hidup yang menjual produk-produk melucukan dengan memaparkan sisi lain dalam budaya Malaysia, mengeluarkan himpunan hadiah krismas membabitkan seorang individu yang kini menjadi buruan.

Terdapat kemeja-T yang memaparkan karikatur seperti wajah Low dengan berpakaian seperti Santa Claus, dengan ungkapan "Spending like I stole it" (Belanjakannya seperti saya mencurinya!), manakala ungkapan lain berbunyi "Lari Party Jholly".

Dengan semangat menyambut Krismas, terdapat cawan berwarna merah dan putih tertera perkataan "Jho! Jho! Jho! Tis the season giving... back" (Jho! Jho! Jho! Musim ini memberi... kembali).

Dua lagi cawan pula seolah-olah memberi kesimpulan mengenai kehidupan ahli perniagaan itu dengan "Drink it like you stole it" (Minumnya seperti anda mencurinya" dan "Money, Party, Jholly, Repeat" (Wang, Parti, Jholly, Ulang).

Dengan penggunaan media sosial pada hari ini, mengirimkan kad ucapan Hari Krismas tidak lagi menjadi trend.

Bagaimanapun, sekeping kad ucapan perayaan berinspirasikan Jho Low dengan ungkapan "Wishing you a Billion dollar Christmas!" (Mengucapkan anda satu bilion dolar Krismas!).

Terdapat beberapa hadiah Krismas lain yang mempunyai ungkapan berkaitan pada bekas cawan, beg tote dan senaskah buku "Finding Jhollu" yang menyerupai buku kanak-kanak popular, "Where's Waldo".

"Finding Jholly" merupakan permainan berilustrasi di mana para pembaca perlu mengesan maskot berbaju pengawal penjara berbelang hitam dan putih dari sebuah lokasi yang sibuk.

Dan seperti inspirasi daripada kejadian sebenar, buku tersebut mengenai 'pengembaraan melakukan pencarian di seluruh negara'. - The Star

Krismas , 1MDB , Jhow Low

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel