Ahli Umno harus terima realiti 1MDB - KJ - Semasa | mStar

Ahli Umno harus terima realiti 1MDB - KJ

khairy
Khairy Jamaluddin.

PETALING JAYA: Ahli Umno harus menerima hakikat mengenai skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana penafian akan terus menjejaskan parti, kata Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin.

Dalam temubual bersama Utusan Malaysia, Khairy berkata, ahli Umno tidak boleh mempertahankan isu 1MDB kerana tiada apa untuk mempertahankannya.

"1MDB bukan satu persepsi atau fitnah tetapi merupakan satu kes yang terbukti di Amerika Syarikat, apa yang ada untuk disembunyikan? Hanya mengakuinya," katanya.

Khairy berkata, ia akan menjadi sukar bagi Umno dan Barisan Nasional untuk bangkit semula selagi isu 1MDB berlegar di fikiran mereka.

Beliau menolak dengan tanggapan bahawa 1MDB memberi manfaat kepada rakyat menerusi program penajaan haji, dengan mengatakan bahawa melakukan kerja amal tidak membatalkan jenayah itu.

"Kita tidak boleh membersihkan cuci dosa rompakan itu dengan menggunakan sebahagian daripada duit yang dirompak itu untuk melakukan kebaikan," katanya.

Beliau berkata, anggota Umno tidak boleh hidup dalam penafian.

"Kalau kita terus menafikan realiti, saya rasa kesannya kepada Umno lagi teruk, sebab rakyat akan kata 'dah kalah, dah didedahkan segala-galanya pun tak boleh nak terima'."

Khairy berkata, beliau lebih suka bersikap realistik mengenai situasi tersebut meskipun terdapat dakwaan bahawa beliau adalah seorang oportunis.

"Apabila kita berdepan dengan realiti macam ni dan kita tidak mahu menerima realiti, ada sesuatu yang tidak kena.

"Mereka yang masih mahu menyokong, memberikan alasan dan menafikan realiti, mereka sebenarnya adalah liabiliti sangat besar terhadap Umno," katanya. - The Star

Khairy Jamaluddin , 1MDB , Umno

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

MMA cabar ego Zul Ariffin