suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anak pengasuh liwat budak lelaki umur 5 tahun

Gambar hiasan

PONTIAN: Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun ditahan kerana didakwa meliwat budak lelaki berusia lima tahun.

Insiden itu didakwa berlaku di sebuah rumah di Taman Saujana di sini iaitu lokasi kediaman pengasuh mangsa yang merupakan ibu kepada suspek.

Ketua Polis Pontian, Supritendan Mustafa Bakri Salleh berkata, remaja terbabit ditahan selepas ibu mangsa membuat laporan polis pada pukul 9.37 pagi Rabu.

"Remaja lelaki itu mengaku melakukan perbuatan tersebut ke atas mangsa ketika ibunya, pengasuh mangsa tidak berada di rumah," kata beliau dalam satu kenyataan.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan dan suspek direman selama empat hari bagi membantu siasatan. - The Star

liwat

Artikel Lain