suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jenazah bekas CEO Cradle Fund dikebumi semula Isnin

KUALA LUMPUR: Jenazah bekas Ketua Pegawai Eksekutif  Cradle Fund Sdn Bhd Nazrin Hassan akan dikebumikan semula di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 9, Kota Damansara, dekat sini pada Isnin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara berkenaan dan memaklumkan pengebumian semula akan dilakukan pada pukul 11 pagi  di lokasi sama.

Pada 8 Okt, jenazah Allahyarham Nazrin  dibawa keluar dari tanah perkuburan berkenaan untuk bedah siasat kali kedua di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Sebelum ini, Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada 1 Okt membenarkan permohonan polis untuk menggali semula kubur Allahyarham Nazrin bagi membolehkan bedah siasat kali kedua dijalankan untuk membantu siasatan polis berhubung kes bunuh mangsa.   

Pada 3 Ogos lepas, kematian Nazrin diklasifikasi sebagai kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan selepas siasatan bomba menemukan kesan petrol di lokasi kebakaran.

Nazrin maut dalam kebakaran di rumahnya di Mutiara Homes, Petaling Jaya, pada 14 Jun lepas yang pada mulanya dilaporkan sebagai berpunca akibat letupan telefon bimbitnya. - Bernama

Cradle Fund

Artikel Lain