suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pekerja Bangladesh cedera di kepala selepas siling lobi hotel lima bintang runtuh

PETALING JAYA: Seorang pekerja Bangladesh mengalami kecederaan di kepala selepas jatuh dari ketinggian 40 meter apabila siling di lobi sebuah hotel runtuh.

Menurut laporan bomba, kejadian itu berlaku di lobi Hotel Hilton, Kuala Lumpur pada Ahad.

Keruntuhan siling itu dikatakan berpunca daripada kerja-kerja pendawaian elektrik.

Jabatan Bomba dan Penyelamat menerima panggilan pada pukul 3.40 pagi dan menghantar 26 anggota bomba dari tiga jabatan tempat kejadian.

Mangsa yang mengalami kecederaan di kepalanya, menerima rawatan kecemasan di tempat kejadian sebelum dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya, kata polis. - The Star

siling runtuh

Artikel Lain