suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kerajaan Persekutuan jamin Lebuhraya Pan Borneo tidak dikenakan tol - Baru Bian

KOTA KINABALU: Lebuhraya Pan Borneo di Sabah dan Sarawak akan kekal sebagai lebuh raya tanpa tol, kata Menteri Kerja Raya Baru Bian.

Beliau berkata sebaik mengambil alih pentadbiran kerajaan Persekutuan, Pakatan Harapan (PH) tidak mempunyai sebarang niat untuk mengenakan kutipan tol bagi Lebuhraya Pan Borneo.

“Saya ingin memberi jaminan bahawa Lebuhraya Pan Borneo tidak akan dikenakan tol. Ini janji kami (kerajaan Persekutuan),” katanya dalam sidang media berhubung kemajuan pembinaan Lebuhraya Pan Borneo Sabah di sini, Ahad.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini bahawa pembinaan lebuh raya tanpa tol tidak dapat diwujudkan.

Baru berkata kenyataan perdana menteri itu adalah merujuk kepada lebuh raya di Semenanjung, dan menurutnya, model pembangunan serta pembinaan Lebuhraya Pan Borneo adalah berbeza dengan lebuh raya di Semenanjung.

Mengulas lanjut, beliau berkata kerajaan Persekutuan komited untuk meneruskan pembinaan Lebuhraya Pan Borneo di Sabah dan Sarawak sekali gus memastikan lebuh raya itu dapat disiapkan mengikut masa dijanjikan demi keselesaan rakyat di negeri berkenaan.

Di Sabah, Baru berkata, sebanyak 12 daripada 35 pakej dalam fasa pertama lebuh raya itu telah dimulakan dan baki pakej akan dibina secara berperingkat mengikut kedudukan kewangan negara.

Justeru, katanya kementeriannya akan berbincang dengan Kementerian Kewangan bagi menilai semula kos keseluruhan pembinaan lebuh raya berkenaan, namun, perbincangan itu tidak melibatkan perubahan jajaran Pan Borneo.

“Proses pengambilan tanah menjadi antara punca berlaku kelewatan pembinaan Lebuhraya Pan Borneo di Sabah, dan kementerian akan bekerjasama dengan kerajaan negeri bagi mengatasi masalah itu,” katanya. - Bernama

Lebuhraya Pan Borneo

Artikel Lain