suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Warga emas maut ketika daki Bukit Pelindung

Gambar daripada Facebook Hazman Abdul.

KUANTAN: Seorang warga emas meninggal dunia ketika mendaki Bukit Pelindung, di sini bersama rakan-rakannya pagi Ahad.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohamad Noor Yusof Ali, berkata Wan Sulaiman Wan Ibrahim, 60, beralamat di Balok Baru, disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Katanya dalam kejadian 9 pagi itu, mangsa yang sedang dalam perjalanan naik ke bukit berkenaan mengadu sakit dada dan telah turun semula ke bawah.

"Apabila sampai di bawah, mangsa pengsan menyebabkan orang awam segera menghubungi ambulans untuk membawanya ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan.

"Pemeriksaan lanjut di wad kecemasan mendapati mangsa telah meninggal dunia," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Beliau berkata tiada sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan mati mengejut akibat serangan jantung.

Jenazah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Balok, petang Ahad.

Bukit Pelindung

Artikel Sebelum

Artikel Lain