suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

65 penduduk hilang tempat tinggal dalam kejadian kebakaran rumah panjang

MIRI: Sebuah rumah panjang yang terletak di daerah Tatau di utara Sarawak hangus dijilat api dalam kejadian yang berlaku pada pagi Ahad.

Kira-kira 65 penduduk hilang tempat tinggal dalam insiden yang memusnahkan Rumah Sengalang pada pukul 4 pagi itu.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata, semua penduduk berjaya menyelamatkan diri.

Semua mangsa diberikan tempat perlindungan sementara oleh penduduk kampung berhampiran sehingga bantuan kebajikan tiba.

Punca kebakaran masih disiasat. - The Star

rumah panjang

Artikel Lain