Kongsi video fesyen pereka muda negara, Haha Running Man ‘masuk’ kelas BM - Semasa | mStar

Kongsi video fesyen pereka muda negara, Haha Running Man ‘masuk’ kelas BM

Gambar fail Haha Running Man. Foto SAMUEL ONG/The Star

PETALING JAYA: Program realiti popular Korea, Running Man menjadi kegilaan ramai di negara ini kerana aksi lucu dan spontan pesertanya.

Namun siapa sangka video koleksi fesyen anak muda Malaysia mendapat perhatian antara tunjang utama program itu, Haha, yang membuat perkongsian di laman sosial Instagram miliknya, baru-baru ini.

Di bawah label Projek Jahat, video yang memaparkan beberapa model itu dikongsi Haha atau nama sebenarnya Ha Dong-hoon, sekali gus menarik perhatian netizen, bukan saja dari Malaysia malah hingga ke luar negara.

ma bratha~~~~!!!!!!!

A post shared by ha dong hoon (@quanhaha79) on

Kurator bagi Projek Jahat, Mohd Faizul Isa berkata, dia tidak menyangka video tersebut dikongsi Haha kerana ia bukan satu promosi produk berbayar.

Namun pemuda berusia 34 tahun ini mendedahkan Haha yang juga seorang penyanyi mengenalinya sejak akhir tahun lalu disebabkan Projek Jahat.

“Ketika itu Haha bersama rakan-rakannya ada konsert di Pulau Pinang, dan dia tertarik dengan satu jaket rekaan Projek Jahat yang merupakan produk ‘display’ di sebuah butik.

“Haha berusaha menghubungi Projek Jahat, dan kemudian banyak bertanya berkaitan dengan koleksi kami, dari situ kami mula berkawan sehingga kini,” katanya yang juga dikenali sebagai Malaya Breed ketika dihubungi mStar Online.

Koleksi Projek Jahat pada Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) 2018, baru-baru ini. Foto ihsan Malaya Breed

Anak kelahiran Bagan Datuk, Perak ini berkata, Projek Jahat merupakan koleksi fesyen seni yang berteraskan artisan, di mana semua rekaannya mempunyai mesej seni dan pembuatannya secara terperinci, antara faktor yang menarik perhatian Haha.

“Haha ni seorang yang peramah juga lucu, sama lucu semasa dia dalam Running Man. Tapi secara peribadi, dia seorang yang sangat profesional terutama jika berkaitan kerja.

“Haha juga seorang yang suka berfesyen dan penampilannya sering menjadi perhatian. Jadi, dia begitu teliti dan menghargai setiap perincian,” katanya mengenai projek yang diasaskannya sejak 2013.

Antara koleksi Projek Jahat. Foto instagram Projek Jahat

Mengenai video Projek Jahat yang dikongsi Haha di laman sosialnya, Mohd Faizul menyifatkan ia memberi impak kepada usahanya untuk memperkukuhkan penjenamaan dalam bahasa Melayu.

“Saya memang nak orang kita dan orang luar kenali sesuatu label atau produk walaupun namanya dalam bahasa Melayu. 

“Kesusasteraan dalam bahasa Melayu lebih tinggi, dan bukannya ‘straight forward’ berbanding bahasa Inggeris. Seni bukan sahaja pada idea, rekaan dan fesyen semata-mata tetapi juga pada bahasanya,” katanya yang menyertai Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) 2018 di bawah Projek Jahat, baru-baru ini.

Mohd Faizul (kanan) bersama Pengasas KLFW, Andrew Tan. Foto ihsan Malaya Breed

Dalam pada itu, Mohd Faizul turut berkongsi antara perbualannya bersama Haha adalah mengenai koleksi-koleksinya di bawah label Projek Jahat.

“Haha akan tanya saya apa idea baharu, apa yang saya buat untuk koleksi yang akan datang. Kadang-kadang, Haha akan tanya saya tulisan yang tertera pada koleksi Projek Jahat memandangkan ia dalam bahasa Melayu.

“Dia mahu tahu apakah maksudnya dan minta saya perjelaskannya secara terperinci. Nampaknya Haha selalu juga ‘masuk’ kelas bahasa Melayu saya. Mari belajar bahasa!,” katanya secara berseloroh, sambil menambah mempunyai rancangan untuk berkolaborasi dengan Haha pada masa akan datang.

Haha , Running Man , Projek Jahat

Artikel Berikut

Dua dikhuatiri lemas di Bangi

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain