Noh Omar lepas jawatan - Semasa | mStar

Noh Omar lepas jawatan

TANJONG KARANG: Tan Sri Noh Omar akan melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor susulan gagal menawan negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) Mei lepas.

Beliau yang menerajui Umno Selangor sejak 2013 berkata keputusan itu dibuat bagi mengambil tanggungjawab atas kekalahan teruk parti berkenaan di negeri terbabit.

Noh berkata beliau akan melepaskan jawatannya selepas proses pemilihan serta pelantikan Presiden Umno yang baharu selesai dan perkara itu juga akan dimaklumkan sendiri kepada pemimpin tertinggi parti berkenaan.

"Saya mahu beri peluang kepada muka baharu (memimpin Umno Selangor) yang mungkin akan ada pendekatan (membangunkan parti) dengan lebih baik.

"Saya akan terus menjaga Tanjong Karang kerana saya anggota Parlimennya, dan jika saya diberi mandat sekali lagi sebagai Anggota Majlis Tertinggi Umno, saya akan mainkan peranan tersebut," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Tanjong Karang, di sini Sabtu.

Tambah Noh, keputusannya adalah muktamad dan beliau tidak akan menerima pelawaan mana-mana pihak supaya terus menerajui Umno Selangor.

Ditanya mengenai pembekuan akaun Umno Selangor oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana didakwa berkaitan dengan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Noh berkata beliau tidak mengetahui punca perkara itu berlaku.

"Saya tak tahu apa punca pembekuan. Kalau dikaitkan dengan isu 1MDB, setahu saya ia terjadi pada 2013 yang ketika itu saya hanyalah Timbalan Pengerusi Umno Selangor maka saya tak tahu tentangnya," katanya.

Noh berkata bagaimanapun Umno peringkat bahagian tidak terkesan dengan pembekuan akaun berkenaan.

Dalam pada itu, mengulas mengenai pemilihannya sebagai Ketua Umno Bahagian Tanjong Karang buat penggal keenam, Noh berkata beliau mahu menerapkan lagi budaya perpaduan di kawasan itu supaya ia dapat menjadi kubu kuat Umno pada masa depan. - BERNAMA

Noh Omar , Umno

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

Artikel Lain