suria

Pemandu treler maut langgar lori muatan batu bata

Gambar daripada Facebook.

JOHOR BAHRU: Seorang pemandu treler maut akibat tersepit selepas kenderaan dipandunya itu melanggar sebuah lori membawa muatan batu bata dalam kemalangan di KM38.5 Lebuh Raya Utara Selatan (arah selatan), dekat Kulai, Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kulai Supt Dzulkhairi Mukhtar berkata kejadian pada 6.40 pagi itu menyebabkan Azlan Shamsuddin, 46, meninggal dunia ditempat kejadian dan mayatnya kemudian dihantar ke Hospital Temenggung Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai, untuk bedah siasat.

“Kemalangan turut menyebabkan seorang penunggang motosikal, Mohd Arif Alang Ahmad, 29, cedera ringan manakala pemandu lori, Amsan Rafi'i, 54, tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya yang dihubungi Bernama pada Sabtu.

Dzulkhairi berkata kejadian dipercayai berlaku apabila Azlan yang memandu di lorong kiri gagal mengawal kenderaannya lalu melanggar lori di hadapannya.

Beliau berkata akibat pelanggaran itu, muatan batu bata dari lori berkenaan jatuh di atas jalan dan terkena Mohd Arif yang turut menunggang motosikal di lorong sama.

Katanya mayat Azlan yang tersepit dikeluarkan oleh pihak bomba dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen  41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Sebelum

Noh Omar lepas jawatan

Artikel Lain