suria

“Saya rasa rendah diri, anggap ia tanggungjawab yang hebat”

KUALA LUMPUR: Tommy Thomas berasa rendah diri dan menyifatkan perlantikannya sebagai Peguam Negara itu sebagai satu tanggujawab yang hebat.

Bercakap kepada pemberita di luar firma guamannya di Bangsar di sini, Selasa, Thomas mengesahkan bahawa beliau telah bertemu dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum itu dan akan mengadakan pertemuan dengannya pada Rabu.

Thomas berkata, beliau tidak akan memulakan tugas di Pejabat Peguam Negara pada Rabu.

Tambah Thomas, beliau tidak mahu mengulas lanjut mengenai perlantikannya sehingga menerima surat perlantikan rasmi yang mungkin mengambil masa beberapa hari.

Pada pagi Selasa, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V telah memperkenankan pelantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dalam satu kenyataan berkata, atas nasihat Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Seri Paduka telah menitahkan perkara itu mengikut Perkara 145 (1) Perlembagaan Persekutuan. 

Peguam Negara, Tommy Thomas

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain