suria

Azmin, Abu Kassim di mesyuarat CEP

Abu Kassim tiba di Menara Ilham pagi Jumaat. Foto: LOW LAY PHON/The Star

KUALA LUMPUR: Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Azmin Ali dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed dilihat memasuki Menara Ilham dimana mesyuarat Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) yang ke-14 dijalankan.

Bagaimanapun, kedua-dua tokoh itu tidak bercakap dengan media.

Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV)  Datuk Azhar Abdul Hamid juga dilihat dalam bangunan yang sama.

Apabila ditemui, Azhar menjelaskan bahawa beliau hanya berada di sana bagi menyerahkan beberapa laporan yang diminta oleh majlis itu.

Antara kakitangan utama yang dijadualkan hadir di hadapan majlis itu termasuklah Pengerusi Telekom Malaysia Bhd Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri Datuk Seri Sabin Samitah.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional Wan Ahmad Wan Yusoff, Pengarah Bahagian BRIM, LHDN Badri Basiran dijangka akan dipanggil.

Lain-lain yang terlibat  adalah dua pegawai dari Bank Negara Malaysia iaitu Pengarah Jabatan Ekonomi Fraziali Ismail dan Pengarah Jabatan Dasar Monetari Dr Norhana Endut.

Mesyuarat CEP hari ini berjalan dengan lebih pantas dan ditangguhkan lebih awal bagi membolehkan ahli-ahli majlis menunaikan solat Jumaat.

Ketua Media dan Komunikasi CEP Datuk A. Kadir Jasin semasa dihubungi memberitahu tiada sidang akhbar untuk hari ini.- Bernama

CEP, Abu Kassim, Azmin

Artikel Lain