suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nik Omar sebak

Nik Omar (tengah) dan Hazmi (kiri) ketika menziarahi pusara Allahyarham Nik Aziz.

KOTA BHARU: Tiga hari selepas penamaan calon Pakatan Harapan yang bertanding di DUN Chempaka atas tiket PKR, Nik Omar Nik Abdul Aziz meluangkan masa menziarahi pusara Allayarham bapanya di Pulau Melaka, pagi Isnin.

Beliau turut diiringi calon DUN Panchor, Hazmi Hassan yang turut sama mengaminkan doa yang dibacakan Nik Omar di pusara Musyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Hazmi berkata, suasana pada pagi itu bertukar sebak dan pilu ketika Nik Omar membacakan doa untuk arwah bapanya itu.

“Sebelum ini ustaz Nik Omar tidak pernah menjawab apa-apa pun tuduhan terhadapnya dan sentiasa tersenyum serta tenang, namun hari ini emosinya sedikit terusik.

“Mungkin ustaz (Nik Omar) teringatkan kenangan bersama Allahyarham bapanya,” tulisnya di laman Facebook. - Sinar Harian

Nik Omar

Artikel Lain