Muhyiddin ke Mahiaddin... ini SPR jawab - Semasa | mStar

Muhyiddin ke Mahiaddin... ini SPR jawab

Mohd Hashim Abdullah.

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menafikan dakwaan Tan Sri Muhyiddin Yassin kononnya SPR akan mencetak kertas undi PRU14 bagi bahagian pilihan raya Parlimen P.143 Pagoh dengan menggunakan nama sebenar beliau iaitu ‘Mahiaddin’.

Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah menegaskan, bahawa nama yang akan dicetak pada kertas undi tersebut adalah seperti mana yang tertera pada ruangan 3 Borang 4 dan 4A yang telah diterima SPR iaitu ‘Tan Sri Muhyiddin Yassin’.

“Hasil semakan, dalam laman web SPR dan aplikasi My SPR Semak juga mendapati paparan nama yang tertera adalah Tan Sri Muhyiddin Yassin melainkan nama dalam senarai Daftar Pemilih yang mengikut nama asal seperti mana di kad pengenalan beliau,” katanya.

Katanya, berhubung dengan nama beliau yang juga Presiden PPBM yang tertera pada keputusan PRU13, SPR menjelaskan bahawa nama pemenang pilihan raya apabila diwartakan dalam Borang 16 akan tertera nama penuh atau nama sebenar pemenang dan bukannya nama pada kertas undi.

“Sehubungan dengan itu, SPR berharap dengan penerangan ini ia dapat memberi penjelasan terhadap perkara yang dibangkitkan,” katanya. - Bernama

Muhyiddin Yassin , SPR , Mahiaddin

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

Artikel Lain