suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Komen jelik terhadap polis, penjual kereta ditahan

TAIPING: Polis menahan seorang jurujual kereta sambilan bagi membantu siasatan berhubung komen jelik di Facebook mengenai anggota polis trafik yang terlibat dalam kemalangan di KM 223.1 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Changkat Jering, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohamad Taib berkata, suspek lelaki berumur 24 tahun ditahan di Pengkalan Chepa, Kelantan pada pukul 9.45 malam pada Jumaat.

"Lelaki yang menggunakan akaun Facebook dengan nama 'Tengku Badaruddin' telah memuat naik beberapa keping gambar melibatkan tiga anggota Unit Pasukan Peronda Lebuh Raya terlibat berserta dengan kenyataan jelik dalam loghat Kelantan," katanya dalam satu kenyataan di sini, Isnin malam.

Kenyataan jelik itu seolah-olah menuduh anggota polis berkenaan mengejar sebuah lori kerana ingin meminta habuan.

Sehubungan itu, Mohamad Taib berkata, lelaki tersebut direman sehingga 3 Mei ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998.

Dalam kemalangan pukul 8.30 pagi Khamis lalu, seorang pelajar kolej swasta, Muhd Hakeem Badrol Hisham, 21, maut manakala dua anggota polis cedera selepas dirempuh sebuah lori.

Anggota polis berkenaan berhenti di bahu jalan untuk membantu pelajar terbabit yang tayar keretanya pancit sebelum sebuah lori dengan muatan barangan runcit hilang kawalan lalu melanggar kereta peronda polis dan kereta mangsa. - Bernama

Artikel Sebelum

Nik Omar sebak

Artikel Berikut

Artikel Lain