suria

Okay je nak panggil 'anak kucing' - Syed Saddiq

Syed Saddiq.

MUAR: Calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bagi Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman mencabar lawannya di sini untuk berdebat.

Cabaran tersebut dibuat berikutan ketua pemuda PPBM berusia 25 tahun itu dilabel sebagai 'anak kucing setahun jagung' kerana tidak banyak yang diketahuinya pasal Muar.

Bercakap kepada orang ramai semasa ceramah di Parit Nawi pada Isnin malam, beliau tidak tergugat dipanggil 'anak kucing' dan 'setahun jagung' oleh lawannya.

"Saya suka kucing dan saya tidak mempunyai masalah dengan istilah itu.

"Saya akan mengeluarkan surat kepada calon-calon Barisan Nasional (BN) dan PAS di sini, mengundang mereka untuk berdebat.

"Sekiranya diterima, debat boleh berlaku menjelang akhir minggu ini," katanya selepas menghadiri ceramah di Parit Nawi di sini, Isnin malam.

Beliau berkata, topik debat adalah 'siapa yang pengundi patut pilih di Muar - Barisan Nasional, Pakatan Harapan atau PAS'.

Terdahulu pada Isnin, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun menggelarkan Syed Saddiq sebagai 'anak kucing' dan 'setahun jagung' yang tidak mengetahui isu tempatan di Muar.

Hishammudin membuat kenyataan itu pada majlis yang dihadiri oleh calon BN untuk Parlimen Muar, Datuk Seri Razali Ibrahim.

Razali yang merupakan penyandang kerusi parlimen itu selama tiga penggal akan mempertahankan kerusinya dalam pertembungan tiga penjuru bersama Syed Saddiq dan Abdul Aziz Talib dari PAS.


Syed Saddiq

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Nik Omar sebak

Artikel Lain