suria

Sindiket Dadah Antarabangsa Tumpas Di JB

Mohmad Salleh (tiga, kanan) menunjukkan mesin penghasilan dadah yang dirampas dalam enam serbuan pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Johor Bahru (IPK), Khamis.

JOHOR BAHRU: Polis menumpaskan sebuah sindiket pengedaran dadah antarabangsa dan memproses bahan itu dalam enam serbuan di sini dan merampas pelbagai jenis dadah dipercayai bernilai RM32.4 juta, pada Selasa.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh berkata seramai lapan suspek berusia antara 27 dan 58 tahun ditahan dalam serbuan di sekitar Johor Bahru iaitu di Taman Desa Cemerlang, Ulu Tiram; Kampung Kong Kong Laut, Masai serta Permas Jaya di Pasir Gudang, bermula 1.30 pagi hingga 7.45 pagi.

Katanya, daripada kesemua mereka itu, enamdaripadanya lelaki tempatan, seoranglelaki warga Singapura dan seoranglagi perempuan warga Vietnam.

"Seorang daripada mereka merupakan ahli kimia yang mempunyai pengetahuan tentang ramuan dadah," katanya dalamsidang media di sini, Khamis.

Beliau berkata polis turut merampas sejumlah dadahterdiri daripada 51,750 pil disyaki ekstasi, 227.6 kg serbuk dadahjuga disyaki ekstasi dan 10.51 gram dadahdisyaki syabu dalam serbuanitu. Selain itu, 713 kg pelbagai jenis bahankimia, peralatan untuk memprosesdadah, dua butir peluru hidup dan empat batang besi senjata mekanikal turut dirampas.

Mohmad berkata, polis juga menyita pelbagai harta berjumlah RM590,000 termasuk pelbagai mata wang bernilai RM350,000 dan tujuh kenderaan iaitu Mercedes Benz E280, Toyota Hilux, Land Rover, Toyota Vios, Perodua Alza dan Nissan Vanette.

Sebuah bangsal di ladang kelapa sawit di Masai dijadikan makmal memprosesdadahterutama ekstasi, sebelum ia diedarkan untuk pasaran tempatan, Singapuraserta Indonesia.

Katanya, berbekalkan sejumlah bahankimia yang dirampas, sindiketini dijangkakan berupaya menghasilkan 350 kg serbuk dadahekstasi yang kemudian apabila dibentuk menjadi tablet boleh menghasilkan 1.2 juta pil ekstasi.

"Jumlah pil ini jika dikira mengikut pasaran tempatan dianggarkan bernilai RM46 juta," katanya.

Mohmad berkata tempoh aktif kegiatan sindiketini masih disiasat, namun berdasarkan penelitian pihaknya sejak kebelakangan ini, terdapat kecenderungan untuk menjadikan Johor sebagai antara pusat pengedarandadahberikutan wujudnya permintaan tinggi dari Singapura dan Indonesia.

"Ini dapat dilihat menerusi jumlah makmal dadahyang telah kita bongkar di Johor sepanjang 2015 hingga kini. Dalam tempoh itu, sebanyak 15 makmal ditemukan (tidak termasukkes hari ini) dan dadahpula bernilai RM33.5 juta," katanya.

Kesemua suspek yang tidak mempunyai rekod jenayah dan negatif dadahitu kini direman seminggu bermula 31 Okt bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.-- Bernama

Mohamad Salleh, Ulu Tiram

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Maut Di Tangan Anak Durjana

Artikel Lain