suria

Tambah Berat Badan Walau Ditawar Ganjaran Wang

Gambar hiasan.

SIBU: Setelah enam bulan melancarkan sebuah kempen anti-obesiti di lima sekolah menengah, 30 peratus daripada 152 peserta telah bertambah berat badan.

Keputusan membimbangkan itu melibatkan 46 peserta termasuk orang awam yang mengambil bahagian. 

Berat badan mereka bertambah antara satu hingga tujuh kilogram walaupun dijanjikan habuan sekiranya mampu menurunkan berat badan.

Menerusi kempen 'Fight Obesity for a Better Quality of Life' (Perangi Obesiti untuk Kualitimereka perlu mengawal berat badan dalam tempoh enam bulan dan kemudian membuat semakan indeks jisim badan (BMI).

Mereka yang berjaya mengurangkan 4 kilogram (kg) akan diberikan ganjaran wang tunai sebanyak RM40, RM30 bagi 3kg, RM20 (2kg) dan RM10 (1kg).

Antara yang menyertai kempen itu adalah pelajar tingkatan lima, guru dan orang awam.

Ketua Pegawai Eksekutif Delta Leasing Sdn Bhd, Dr Hii Sui Cheng berkata, kempen itu dimulakan syarikatnya sebagai tanggungjawab sosial korporat, tetapi keputusannya begitu membimbangkan.

"Kira-kira 30 peratus peserta bertambah berat amat membimbangkan saya," katanya semasa berucap pada majlis penutupan kempen itu pada Rabu.

Beliau menambah, kadar obesiti nasional adalah 50 peratus daripada jumlah populsi dan keputusan kempen menunjukkan ia semakin meningkat.

"Apa yang boleh saya katakan, bukan senang untuk menurunkan peratusan itu. Walaupun ditawarkan wang tunai, masih ada yang gagal menurunkan berat badan," ujar Dr Sui Cheng.

Artikel Sebelum

Maut Di Tangan Anak Durjana

Artikel Berikut

“Bukan Nak Lawan...”

Artikel Lain